PMR 2009: SSP NO. 1 SBP MALAYSIA, TAHNIAH!!!
RK Training telah mengendali modul Pelajar Super untuk Sekolah Seri Puteri sejak 2007. Pada tahun 2009 sahaja, kami mengadakan sessi intensif sebanyak 4 kali untuk pelajar tingkatan 3 menduduki PMR pada 2009 lepas. Batch mereka dikenali sebagai ‘Eldaterra’.

Tahniah buat warga Sekolah Seri Puteri dan paling utama kepada adik-adik Eldaterra kerana berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dalam PMR 2009!

Keputusan PMR SSP tahun 2009 adalah yang terbaik di kalangan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Tahniah, tahniah dan tahniah!!! Lebih 97% mendapat A penuh dalam semua subjek! Hebat!

Sujud syukur, beristighfar dan bersyukur atas kejayaan yang dicapai. Moga Allah mengampunkan segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak senagaja sepnjang usaha mencapai kejayaan dan moga kejayaan yang dianugerahkan Allah menjadikan kita semakin hampir kepada-Nya.

Tahniah buat Kaunselor Puan Siti Hajar bt. Selamat dan seluruh pentadbiran SSP atas usaha luarbiasa yang menatijahkan hasil luarbiasa. Terima kasih kerana terus menjemputkan RK Training- Team Pelajar Super, memberikan khihdmat latihan dan motivasi sejak 2007.

Tip Meningkatkan Kefahaman di dalam Kelas
Pemahaman Dalam Kelas

Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas, adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimakan, ia adalah satu permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, bab ini mungkin akan dapat membantu anda.

Sebelum itu, apakata kalau kita kira jumlah masa yang para pelajar habiskan di dalam kelas. Katakan waktu persekolahan ialah dari jam 7.30 hingga jam 2.30, dengan waktu rehat dari jam 10.00 pagi selama 30 minit. Maka jumlah masa yang dihabiskan di dalam kelas ialah:

Jumlah dalam sehari	: 14.30 – 07.30 	= 7 jam

- masa rehat	    - 30 minit		= 6 jam 30 minit

Jumlah dalam seminggu	: 6 jam 30 minit x 5 hari 	= 32 jam 30 minit seminggu

Jumlah dalam sebulan	: 32 jam 30 minit x 4 minggu	= 130 jam sebulan

Nah, kalau dicongak-congak, jumlah masa yang anda gunakan adalah kira-kira 25% daripada masa seharian anda. Dalam sebulan, anda habiskan 130 jam untuk berada di dalam keasl. Persoalannya, adakah anda telah menggunakan masa itu dengan sebaiknya? Adakah anda benar-benar memahami apa yang diajar oleh guru selama 130 jam sebulan itu? Itu belum termasuk masa belajar di tuisyen. Biasanya pelajar memperuntukkan 2-3 jam sehari di tuisyen. Anda kiralah berapa banyak masa digunakan untuk mendengar pengajaran guru!

Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan waktu dalam kelas yang begitu banyak itu. Dan beruntunglah mereka yang pandai mengoptimakan keupayaan dirinya untuk memahami sebanyak mungkin apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap kefahaman anda semasa belajar di dalam kelas?

Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ia adalah ‘rahsia penting’ bagi pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika anda mengetahui ‘rahsia’ ini, ratusan jam anda di dalam kelas pasti akan menjadi lebih bermakna. Apakah rahsia tersebut? Dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super 1″ atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super!

Apa kerja sebenar seorang pelajar?
Jikalau anda bekerja sebagai seorang tukang sapu, anda perlu tahu kawasan mana yang perlu anda pastikan kebersihannya. Kalau anda seorang pemain bola sepak profesional, anda perlu tahu posisi anda dalam pasukan dan apa taktik permainan kali ini. Kalau anda seorang guru, anda perlu tahu subjek mana dan kelas mana yang anda perlu ajar. Kalau anda seorang ibu, anda perlu tahu apa kerja-kerja seorang ibu. Tetapi, bagaimana pula anda sebagai seorang pelajar? Adakah anda sudah tahu kerja anda sebagai seorang pelajar?

Ya, saya percaya, ramai akan menjawab, “Kerja pelajar ialah belajar!”. Yelah, memang kerja pelajar ialah untuk belajar, tetapi, apakah sebenarnya ‘kerja belajar’ itu?

Apa kerja sebenar pemain bola sepak? Ya, secara mudahnya ialah; bermain bola sepak. Tetapi, apakah proses secara terperincinya? Kalau seorang pemain bola sepak tidak tahu tugas dan prosesnya dengan jelas, mungkin dia tidak tahu beraksi kerana dia tidak berada di posisi yang betul. Dia juga mungkin akan kepenatan kerana terpaksa berlari ke sana ke mari, bukannya menguasai kawasan posisinya. Yang lebih penting, kemungkinan besar dia tidak memberikan kesan dan manfaat kepada pasukannya.

Begitu juga dengan seorang pelajar. Anda bukan sahaja perlu tahu kerja, tetapi anda juga perlu tahu proses belajar. Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu memahami dengan jelas ‘kerja dan proses’ anda sebagai seorang pelajar.

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, setiap orang pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, jikakalau mereka menguasai (sekurang-kurangnya) tiga proses pembelajaran iaitu;

1. Faham

2. Ingat

3. Jawab

Itu sahaja? Saya boleh katakan, untuk cemerlang dalam akademik, itu sahaja! Saya lebih suka mempermudahkannya, supaya anda lebih jelas dan yakin tentang apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar. Saya namakan sebagai 3 Misi Pelajar Super.

Apa sahaja perkara yang dipelajari, perlulah difahami, bukan begitu? Kegagalan pelajar banyak bermula daripada kegagalan mereka untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Setelah memahami apa yang diajar, mereka perlu mengingatinya. Proses mengingat dan menghafal memerlukan teknik dan strategi yang tertentu. Namun, hafalan sahaja tidak cukup. Anda hanyalah akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang jika anda tahu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut skema jawapan, dan untuk itu, anda perlu tahu teknik menjawab peperiksaan. Untuk lebih lanjut,dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super I” di pasaran, atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super dalam masa yang terdekat!

Teknik untuk Meningkatkan Fokus Semasa Belajar
1.	Berfikiran positif. Anggapkan masa mengulangkaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan tugasan-tugasan sukar. Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaran dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda bermula lagi. Bayangkan anda sedang mencuba keupayaan diri, belajar sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

2.	Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling. Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukannya mudah. Jangan jadi terlalu cerewet. Belajarlah untuk belajar di tempat yang ‘agak’ bising. Gunakan kaedah ‘Jangan jaga tepi kain orang’ jika anda ingin ‘mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.

3.	Gunakan kaedah labah-labah. Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, ia akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis gegaran kertas yang tidak boleh dimakan itu. Begitu juga dengan anda. Jika anda sedang belajar di dalam perpustakaan, pasti ada orang yang lalu lalang membuka pintu, atau membelek-belek buku, atau  berbisik-bisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang ke arah mereka. Selepas itu, abaikan mereka. Jadilah seperti labah-labah yang tidak ‘tertipu’ untuk kali kedua.

4.	Pastikan semuanya ada di atas meja. Buku, alatulis, dan peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan ulangkaji anda. jangan biarkan kosentrasi anda terganggu hanya semata-mata terlupa untuk membawa pemadam pensil, atau kertas catitan, atau kalkulator. Cubalah untuk berada di meja belajar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda bangun untuk melakukan perkara lain.

5.	Lupakan yang lain, penuhkan otak anda dengan apa yang akan dipelajari. Buat satu senarai soalan-soalan  dalam kepala anda tentang apa yang anda ingin belajar kali ini. Timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini, otak akan sentiasa ‘melompat-lompat’ dari satu idea ke satu idea yang lain.

6.	Jangan tahan lapar. Lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa jua keadaan anda. kadangkala ada pelajar yang pergi ke sekolah atau memasuki dewan peperiksaan tanpa makan terlebih dahulu. Akhir sekali kelaparan merobek usus mereka dan tiada satu pun jawapan yang dia ingat. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi itu. Luangkan sedikit masa untuk mengisi sehingga hilang kelaparan itu.

7.	Buat senarai semakan hilang tumpuan. Bunyinya agak menggelikan hati, tetapi ia penting untuk mengingatkan anda, berapa anda telah hilang tumpuan. Bawalah satu kertas kecil, ditulis dengan tarikh dan masa. Setiap kali anda hilang tumpuan, tandakan (?) pada senarai semakan itu. Buat secara tetap dan berterusan sehingga anda benar-benar menyedari betapa banyak diri anda ‘tergelincir daripada landasa yang tepat.

7 Peralatan Bertanya untuk menyoal minda
Anda tentu ingin sekali memiliki kemahiran menyoal minda sendiri, bukankah begitu? Tetapi bagaimana untuk melakukannya? (Sebenarnya, anda telahpun menyoal minda sendiri dengan bertanya soalan ini!). Bagaimana untuk menyoal soalan-soalan yang berkualiti kepada minda kita sendiri, supaya tahap pemahaman kita mampu ditingkatkan lagi?

Ermm.. Soalan minda yang baik! Sebenarnya, kebanyakan pelajar yang asyik menyoal minda dengan soalan yang negatif bukanlah kerana mereka suka dan mahir menyoal soalan yang negatif; tetapi ia berlaku kerana ramai orang tidak berapa mahir untuk mengemukakan soalan positif sebanyak yang mungkin. Oleh kerana mereka tidak pernah dilatih untuk bertanyakan soalan-soalan yang berfaedah, maka otak akan menjadi ’bosan’ dan inginkan ’sesuatu untuk dilakukan’. Akhir sekali, otak akan mula bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantutkan potensi minda yang sebenar. Jadi, dengan kemahiran bertanyakan soalan yang berkualiti, secara automatik dapat ’menyibukkan’ otak anda daripada berfikir secara negatif.

Jadi, bagaimana untuk mahir menyoal minda sendiri?

Pertama, jika anda tidak tahu apa yang boleh dan patut ditanya, anda boleh mulakan dengan menggunakan 7 Peralatan Bertanya. Apakah dia peratalatan-peralatan itu? Ia adalah:

Apa

Siapa?

Di mana?

Bila?

Berapa? (banyak, lama, sukatan, jarak, tempoh, dan sebagainya)

Kenapa?

Bagaimana?

Anda sudah tentu tahu maksud dan fungsi ketujuh-tujuh kata soal di atas. Apa yang berlaku ialah, ramai orang sudah tahu maksud dan fungsi ketujuh-tujuh kata soal di atas, tetapi tidak betul-betul menggunakannya untuk meningkatkan prestasi diri. Di sini saya ingin memberitahu anda bahawa, semakin cekap anda menggunakan ketujuh-tujuh patah kata di atas, semakin hebat tahap kefahaman anda dalam pelajaran. Cubalah!