Archive for August, 2009

Tip Meningkatkan Kefahaman di dalam Kelas

Posted by Admin On August - 31 - 2009

Pemahaman Dalam Kelas

Sebahagian besar masa seorang pelajar banyak dihabiskan di dalam kelas, adakah anda bersetuju? Jika waktu pembelajaran kelas berjaya dioptimakan, ia adalah satu permulaan yang baik untuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi jika anda gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin, bab ini mungkin akan dapat membantu anda.

Photobucket

Sebelum itu, apakata kalau kita kira jumlah masa yang para pelajar habiskan di dalam kelas. Katakan waktu persekolahan ialah dari jam 7.30 hingga jam 2.30, dengan waktu rehat dari jam 10.00 pagi selama 30 minit. Maka jumlah masa yang dihabiskan di dalam kelas ialah:

Jumlah dalam sehari : 14.30 – 07.30 = 7 jam
- masa rehat - 30 minit = 6 jam 30 minit

Jumlah dalam seminggu : 6 jam 30 minit x 5 hari = 32 jam 30 minit seminggu
Jumlah dalam sebulan : 32 jam 30 minit x 4 minggu = 130 jam sebulan

Nah, kalau dicongak-congak, jumlah masa yang anda gunakan adalah kira-kira 25% daripada masa seharian anda. Dalam sebulan, anda habiskan 130 jam untuk berada di dalam keasl. Persoalannya, adakah anda telah menggunakan masa itu dengan sebaiknya? Adakah anda benar-benar memahami apa yang diajar oleh guru selama 130 jam sebulan itu? Itu belum termasuk masa belajar di tuisyen. Biasanya pelajar memperuntukkan 2-3 jam sehari di tuisyen. Anda kiralah berapa banyak masa digunakan untuk mendengar pengajaran guru!

Photobucket

Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan waktu dalam kelas yang begitu banyak itu. Dan beruntunglah mereka yang pandai mengoptimakan keupayaan dirinya untuk memahami sebanyak mungkin apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap kefahaman anda semasa belajar di dalam kelas?
Ada satu perkara yang saya ingin kongsikan bersama anda. Ia adalah ‘rahsia penting’ bagi pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika anda mengetahui ‘rahsia’ ini, ratusan jam anda di dalam kelas pasti akan menjadi lebih bermakna. Apakah rahsia tersebut? Dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super 1″ atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super!

Apa kerja sebenar seorang pelajar?

Posted by Admin On August - 31 - 2009

Jikalau anda bekerja sebagai seorang tukang sapu, anda perlu tahu kawasan mana yang perlu anda pastikan kebersihannya. Kalau anda seorang pemain bola sepak profesional, anda perlu tahu posisi anda dalam pasukan dan apa taktik permainan kali ini. Kalau anda seorang guru, anda perlu tahu subjek mana dan kelas mana yang anda perlu ajar. Kalau anda seorang ibu, anda perlu tahu apa kerja-kerja seorang ibu. Tetapi, bagaimana pula anda sebagai seorang pelajar? Adakah anda sudah tahu kerja anda sebagai seorang pelajar?

Ya, saya percaya, ramai akan menjawab, “Kerja pelajar ialah belajar!”. Yelah, memang kerja pelajar ialah untuk belajar, tetapi, apakah sebenarnya ‘kerja belajar’ itu?

Apa kerja sebenar pemain bola sepak? Ya, secara mudahnya ialah; bermain bola sepak. Tetapi, apakah proses secara terperincinya? Kalau seorang pemain bola sepak tidak tahu tugas dan prosesnya dengan jelas, mungkin dia tidak tahu beraksi kerana dia tidak berada di posisi yang betul. Dia juga mungkin akan kepenatan kerana terpaksa berlari ke sana ke mari, bukannya menguasai kawasan posisinya. Yang lebih penting, kemungkinan besar dia tidak memberikan kesan dan manfaat kepada pasukannya.

Begitu juga dengan seorang pelajar. Anda bukan sahaja perlu tahu kerja, tetapi anda juga perlu tahu proses belajar. Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu memahami dengan jelas ‘kerja dan proses’ anda sebagai seorang pelajar.

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan, setiap orang pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, jikakalau mereka menguasai (sekurang-kurangnya) tiga proses pembelajaran iaitu;
Photobucket

1. Faham
2. Ingat
3. Jawab

Itu sahaja? Saya boleh katakan, untuk cemerlang dalam akademik, itu sahaja! Saya lebih suka mempermudahkannya, supaya anda lebih jelas dan yakin tentang apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar. Saya namakan sebagai 3 Misi Pelajar Super.

Apa sahaja perkara yang dipelajari, perlulah difahami, bukan begitu? Kegagalan pelajar banyak bermula daripada kegagalan mereka untuk memahami apa yang diajar oleh guru. Setelah memahami apa yang diajar, mereka perlu mengingatinya. Proses mengingat dan menghafal memerlukan teknik dan strategi yang tertentu. Namun, hafalan sahaja tidak cukup. Anda hanyalah akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang jika anda tahu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut skema jawapan, dan untuk itu, anda perlu tahu teknik menjawab peperiksaan. Untuk lebih lanjut,dapatkan buku “Motivasi Pelajar Super I” di pasaran, atau sertai Seminar Motivasi Pelajar Super dalam masa yang terdekat!