PMR 2009: SSP NO. 1 SBP MALAYSIA, TAHNIAH!!!

Posted by Admin On December - 30 - 2009

RK Training telah mengendali modul Pelajar Super untuk Sekolah Seri Puteri sejak 2007. Pada tahun 2009 sahaja, kami mengadakan sessi intensif sebanyak 4 kali untuk pelajar tingkatan 3 menduduki PMR pada 2009 lepas. Batch mereka dikenali sebagai ‘Eldaterra’.Photobucket

Tahniah buat warga Sekolah Seri Puteri dan paling utama kepada adik-adik Eldaterra kerana berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dalam PMR 2009!

Keputusan PMR SSP tahun 2009 adalah yang terbaik di kalangan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Tahniah, tahniah dan tahniah!!! Lebih 97% mendapat A penuh dalam semua subjek! Hebat!

Sujud syukur, beristighfar dan bersyukur atas kejayaan yang dicapai. Moga Allah mengampunkan segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak senagaja sepnjang usaha mencapai kejayaan dan moga kejayaan yang dianugerahkan Allah menjadikan kita semakin hampir kepada-Nya.
Photobucket
Tahniah buat Kaunselor Puan Siti Hajar bt. Selamat dan seluruh pentadbiran SSP atas usaha luarbiasa yang menatijahkan hasil luarbiasa. Terima kasih kerana terus menjemputkan RK Training- Team Pelajar Super, memberikan khihdmat latihan dan motivasi sejak 2007.

Leave a Reply