Seminar
Motivasi Pelajar Super adalah untuk:
1.
Pelajar Cemerlang:
Supaya dapat
mempertahankan kecemerlangan pada masa akan datang. Cabaran akademik
pada masa akan datang mungkin berbeza daripada sebelum ini. Mengekalkan
kecemerlangan adakalanya lebih sukar daripada untuk mendapatkannya.
2.
Pelajar Sederhana:
Mereka telah
berjaya membuktikan sesuatu sebelum ini, tetapi belum cukup! Mereka
telah cuba sedaya upaya, namun hasilnya tetap sama. Dalam Seminar
Motivasi Pelajar Super, mereka akan memahami kenapa bagaimana untuk
meningkatkan prestasi belajar, dan bagaimana untuk mempertahankannya!
3.
Pelajar Lemah:
Dengan
menyertai Seminar Motivasi Pelajar Super, mereka akan dapat mengenal
potensi sebenar diri mereka, dan tahu apakah yang perlu mereka lakukan
untuk memulakan langkah menuju ke destinasi kejayaan.

Hj Fadzli Yusof adalah
Professional
Trainer / Speaker dalam bidang motivasi dan teknik
belajar. Seorang Certified NLP Practitioner dan mendapat tauliah
daripada National
Federation of Neuro Linguistic Programming yang
berpusat di California, Amerika Syarikat. Beliau
mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan
kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang
sama. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat PhD dalam
bidang human
development di Universiti
Malaya. Beliau juga adalah Setiausaha Agung kepada Pertubuhan Perunding
Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Dalam dunia penerbitan buku
motivasi, beliau sudah menghasilkan 25 judul buku berkaitan bina insan
dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller
di
pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi
RTM).
Ada di antara bukunya diterjemahkan
ke dalam Bahasa Indonesia dan juga menjadi rujukan rasmi dalam silibus
ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah
terpilih sebagai Buku Paling Popular Berita Harian 2008 (Kategori
Non-fiksyen).
Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Hai,
saya Fadzli Yusof. Seronok sekali dapat bertemu dengan anda. Terima
kasih kerana sudi melayari dan membaca laman web ini.
Saya
mungkin bukan yang terbaik, tetapi saya dan rakan-rakan sentiasa
komited untuk memberikan yang terbaik kepada para peserta. Kegembiraan
kami ialah; melihat para peserta menjadi lebih baik– samada
dari aspek spiritual, motivasi,
dan teknik belajar
yang berkesan.
Falsafah
kami, semua orang berhak untuk berjaya. Biarlah kami yang menggilap
potensi, dan anda yang akan mengecap
prestasi!